25 Nov 2025

BERITA NUBE

 

Lawatan NUBE KT ke Bank di Kemaman dan Paka

Tarikh: 18 November 2025

NUBE Cawangan KT telah mengadakan lawatan ke CIMB Kemaman, RHB Kemaman dan Maybank Paka, Terengganu bagi bertemu ahli serta memperkukuhkan hubungan kesatuan. Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi, Saudara Muhammad Eiw bin Abdullah bersama Bendahari, Saudara Shamsul Shahril bin Hashim serta AJK, Saudari Mardiana binti A. Rahim dan Saudari Siti Khadijah binti Ya.

Sepanjang lawatan, pihak NUBE memberikan penerangan berkaitan hak-hak pekerja, kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) serta membuka ruang perbincangan mengenai isu-isu di tempat kerja. Inisiatif ini juga bertujuan memupuk semangat solidariti dan kesatuan dalam kalangan ahli bagi memastikan kebajikan pekerja sektor perbankan terus terpelihara.

Sokongan padu akar umbi yang ditunjukkan oleh para ahli amat bermakna dan menjadi pemangkin kepada kekuatan serta perjuangan NUBE dalam mempertahankan hak dan kepentingan pekerja.

NUBE akan terus komited memperjuangkan hak dan kebajikan semua ahli.

#NUBEKT #SolidaritiPekerja #HakPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #WorkersRights #BankWorkersUnited #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]