ARTIKEL 42: KENAPA MEREKA TAKUT PADA SOCIAL DIALOGUE?
Dalam CA19, MCBA sendiri bersetuju bahawa Social Dialogue itu penting. Mereka terima artikel ini sebagai artikel baharu. Tetapi bila NUBE perkasakan ia dalam CA20, ayat yang sama berulang dalam mahkamah. “I disagree. I don’t know.” Malah bila ditanya sama ada Social Dialogue penting untuk keharmonian industri, wakil MCBA tetap jawab “I disagree.” Ini sudah cukup jelas. MCBA dan 17 CEO bank tidak mahu dialog jujur. Mereka mahu senyap, kawalan, dan pekerja yang tidak pernah bertanya apa apa.
Artikel 42 hanya meminta bank berbincang dengan kesatuan dua kali setahun mengenai isu tempat kerja, kebajikan dan kerjasama. Kalau perkara asas seperti ini pun mereka takut, bayangkan betapa gelabahnya mereka bila pekerja semakin sedar dan berani bersuara. Mereka tahu Social Dialogue memberi pekerja suara, keyakinan dan kekuatan. Sebab itu mereka mahu ia dibuang.
NUBE tidak akan benarkan masa depan di mana pekerja diketepikan daripada keputusan yang memberi kesan kepada hidup mereka. Kita akan pertahankan Artikel 42 dan setiap perlindungan dalam CA20. Mahkamah sedang memerhati. Pekerja sedang memerhati. Dan solidariti kita tidak akan goyah.
#CA20Disabotaj #KESUMAGagal #SeranganTerhadapCA #PertahanArtikel42 #SuaraPekerja #SolidaritiPekerja #DefendCA20 #WorkersUnited #JusticeForBankWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now