PERKUKUH UKHWAH DAN SOLIDARITI – LAWATAN KERJA ZON 3 NUBE PKP
Sebatang lidi mudah dipatah,
Lidi seberkas sukar dipecah;
Walau berbeza usul dan tingkah,
Bersatu padu, perjuangan takkan goyah.
Bagi memperkukuh jalinan ukhwah dan perpaduan, satu lawatan kerja telah dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdri Marjaan, bersama AJK Kerja, Sdra Mohammed Ayub, di Zon 3 NUBE PKP.
Cawangan bank yang dikunjungi:
RHB Bank Taman Inderawasih
Public Bank Taman Inderawasih
Maybank Taman Inderawasih
MBSB Bank Seberang Jaya
Melalui lawatan kerja ini, pelbagai perkongsian maklumat dan khidmat nasihat telah disampaikan, sekaligus meningkatkan semangat perpaduan serta solidariti antara ahli dan kepimpinan kesatuan.
Lawatan kerja seperti ini merupakan mekanisme penting bagi memastikan suara ahli didengari, hak dipertahankan dan kebajikan ahli sentiasa terbela.
#SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #BersatuKitaTeguh #WorkersUnity #NUBEPKP #PerjuanganBersama #TogetherWeRise
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now