APA YANG PEKERJA HILANG JIKA ARTIKEL 42 DIBUANG
Tanpa Social Dialogue, pekerja hilang satu satunya ruang rasmi untuk bertanya, membantah dan menuntut penjelasan. Tanpa Artikel 42, suara pekerja terus diketepikan dari meja rundingan. MCBA dan 17 CEO bank tahu jika ruang ini hilang, mereka boleh buat keputusan tanpa perlu mendengar orang yang menjalankan kerja sebenar.
Tanpa dialog berkala, segala keputusan tentang beban tugas, KPI, keselamatan, penggajian dan kebajikan akan dibuat sebelah pihak sahaja. Tiada soalan, tiada penjelasan, tiada perbincangan. Ini bukan keharmonian industri. Ini penindasan yang dirancang dengan teliti.
Artikel 42 beri pekerja tempat duduk di meja rundingan. Ia beri hak untuk bertanya, mencabar dan menuntut kejelasan. Jika MCBA buang Artikel 42, pekerja hilang platform rasmi untuk mempertahankan diri. Pekerja bank akan dipinggirkan, tidak didengar dan dipaksa menerima apa saja arahan pihak atasan.
NUBE tidak akan biarkan pekerja dibungkam. Tempat kerja tanpa dialog ialah tempat kerja tanpa maruah.
#CA20Disabotaj #KESUMAGagal #PertahanArtikel42 #SolidaritiPekerja #WorkersUnited #DefendCA20 #JusticeForBankWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now