SUARA NUBE BERGEMA DALAM PARLIMEN!
Dalam Persidangan Dewan Rakyat pada 25 November 2025, dua Ahli Parlimen berani, YB Kuala Krai dan YB Pendang, bangkit mengangkat isu NUBE di hadapan negara.
YB Kuala Krai menegaskan bahawa NUBE menuntut keadilan gaji, pengiktirafan hak kesatuan, kebajikan pekerja dan tanggungjawab korporat bank bank, sambil mempersoalkan mengapa aduan intimidasi melibatkan ribuan pekerja B40 dan M40 masih tidak diselesaikan, dan mengapa KESUMA, MOF serta Bank Negara terus tidak memberi respon yang jelas menunjukkan kegagalan mekanisme perlindungan pekerja bank di Malaysia.
YB Pendang pula mengingatkan Dewan bahawa CA antara MCBA dan NUBE adalah persetujuan bersama yang disaksikan kerajaan, khususnya Kementerian Sumber Manusia, dan kerajaan sepatutnya menyelesaikan isu ini supaya pekerja bank tidak terus dianiaya dan dizalimi seperti sekarang.
Ini tamparan tepat kepada Steven Sim, Menteri yang sepatutnya melindungi pekerja tetapi memilih untuk berdiam diri dan membiarkan bank bank menekan ahli NUBE.
Di mana integriti Menteri Sumber Manusia?
Apa sebenarnya yang kamu buat?
Terima kasih YB Kuala Krai dan YB Pendang kerana berani membawa isu kami ke Parlimen. Pekerja bank berdiri bersama anda.
Kebenaran semakin jelas, dan rakyat sedang menilai.
#NUBE #ParlimenMalaysia #ParliamentMalaysia #WeFightInjustice #KeadilanPekerja #WorkersJustice #PekerjaBersatu #WorkersUnited #SolidaritiPekerja #WorkerSolidarity #BNMSenyap #BNMSilent #KESUMAGagal #OneForAllAllForOne #StevenSimTakIkhlas #StevenSim
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now