29 Nov 2025

BERITA NUBE

 

KENAPA MCBA MENENTANG ARTIKEL 43: KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

Artikel 43 hanya meminta bank memastikan tempat kerja yang selamat, menyediakan latihan OSH yang betul dan memastikan setiap ahli jawatankuasa mendapat sijil. Tetapi dalam mahkamah, MCBA tetap ulang ayat yang sama. “I disagree. I don’t know.” Soalan asas tentang keselamatan pun mereka enggan jawab, seolah olah keselamatan pekerja bukan tanggungjawab mereka.

Kenapa? Sebab keselamatan yang sebenar memerlukan kos. Latihan ada kos. Sijil ada kos. Pastikan tempat kerja bebas bahaya pun perlukan komitmen. Dan 17 CEO bank mahu lari daripada semua itu. Mereka mahu bebas menekan KPI, menaikkan beban tugas dan memasukkan sistem baharu tanpa perlu menjawab risiko kepada pekerja.

Artikel 43 meletakkan tanggungjawab pada tempat yang sepatutnya. Ia memaksa bank mengambil serius keselamatan dan kesihatan pekerja, bukan menganggapnya isu sampingan. Sebab itu MCBA lawan habis habisan.

NUBE percaya setiap pekerja bank layak bekerja di tempat yang selamat dan sihat. Keselamatan bukan kemewahan. Ia hak kita.

#CA20Disabotaj #KESUMAGagal #PertahanArtikel43 #KeselamatanPekerja #WorkersSafetyMatters #ProtectBankWorkers #DefendCA20 #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]