30 Nov 2025

BERITA NUBE

 

APA YANG PEKERJA HADAPI JIKA ARTIKEL 43 DIBUANG

Jika Artikel 43 dibuang, pekerja hilang semua perlindungan keselamatan di tempat kerja. Tiada jaminan latihan OSH, tiada penyelaras bertauliah, tiada pelan kecemasan, tiada kawalan bahaya. Tanpa Artikel 43, bank boleh abaikan keselamatan dan terus beroperasi seperti biasa. Pekerja akan duduk bawah sistem rosak, peralatan bahaya dan tempat kerja tidak selamat tanpa sesiapa yang bertanggungjawab apabila sesuatu berlaku. Inilah yang 17 CEO dan MCBA mahukan. Kurang tanggungjawab, kurang kos, tiada akauntabiliti.

Dan kita sudah lihat harga sebenar bila keselamatan dianggap pilihan. Pada 8 Mei 2025, saudara kita Mohd Zake bin Mohd Said rebah ketika bertugas di CIMB Taman Daya. Tiada First Aider. Tiada Penyelaras OSH. Tiada pelan kecemasan. Tiada AED. Pihak pengurusan mengaku mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat. Zake berkhidmat 30 tahun, namun saat beliau perlukan bantuan, bank gagal menyelamatkannya. Beliau pergi di lantai tempat kerjanya sendiri.

Kisah Zake ialah realiti tempat kerja tanpa Artikel 43. Ia amaran yang ditulis dengan kesakitan. NUBE tidak akan benarkan seorang lagi pekerja mati kerana keselamatan diketepikan.

#CA20Disabotaj #PertahanArtikel43 #KeselamatanPekerja #HormatNyawaPekerja #JusticeForZake #WorkersSafetyMatters #DefendCA20 #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]