LAWATAN NUBE SMJ KE MAYBANK LARKIN PERDANA
Lawatan kerja NUBE SMJ ke Maybank Larkin Perdana, Johor Bahru telah diketuai oleh Sdr Michael Tan (Setiausaha Cawangan), bersama Sdr Hafidh (BC SMJ) dan Sdr Saiful Alam (WC SMJ).
Delegasi kepimpinan NUBE SMJ telah melawat ahli-ahli di cawangan ini bagi memperkukuh semangat solidariti serta mempererat hubungan antara kesatuan dan ahli di tempat kerja. Kehadiran kepimpinan disambut penuh mesra dengan suasana kekitaan yang jelas terpancar.
Dalam sesi lawatan ini, ahli-ahli turut diberikan maklumat terkini mengenai isu hangat E-Learning, di mana ramai ahli NUBE di Maybank telah menerima surat penjelasan daripada pihak majikan. Penerangan ini membantu memperkukuh kefahaman ahli terhadap pendirian dan perjuangan kesatuan, sekali gus memperjelas hala tuju bersama dalam mempertahankan hak pekerja.
Lawatan ini berlangsung dalam suasana penuh semangat, perpaduan dan kebersamaan, membuktikan keutuhan sokongan ahli terhadap kepimpinan NUBE SMJ.
#NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #WorkersUnity #BersatuKitaTeguh #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now