01 Dec 2025

BERITA NUBE

 

Kejohanan Bowling NUBE PKP 2025 Meriah di Ole Ole Bowling, Mydin Mall Bukit Mertajam

Bukit Mertajam | 29/11/2025 – Kejohanan Bowling Tahunan NUBE PKP 2025 berlangsung dengan penuh meriah di Ole Ole Bowling, Mydin Mall Bukit Mertajam dengan penyertaan 100 orang ahli dari pelbagai cawangan. Suasana penuh semangat setiakawan, kekitaan dan kesukanan jelas terpancar sepanjang acara.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi NUBE PKP, Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, yang menyeru agar aktiviti sebegini dijadikan platform untuk mengukuhkan perpaduan, solidariti dan kekuatan kesatuan.

Pemenang Individu – Pin Jatuhan Tertinggi (Lelaki & Wanita)

Tempat Pertama | RM200 + Trofi

* Lelaki: Sdr Hafiz

* Wanita: Sdri Azrina

Tempat Kedua | RM150 + Trofi

* Lelaki: Sdr Soo Wai Kit

* Wanita: Sdri Rozimi

Tempat Ketiga | RM120 + Trofi

* Lelaki: Sdr Shaikh

* Wanita: Sdri Afifah

Tempat Keempat | RM100 + Trofi

* Lelaki: Sdr Sallehuddin

* Wanita: Sdri Nurazreen

Selain pertandingan, para peserta turut diraikan dengan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, menambah kemeriahan dan keterujaan sepanjang acara.

Kejohanan Bowling NUBE PKP 2025 bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, tetapi turut membuktikan komitmen NUBE dalam mengukuhkan hubungan silaturahim, membina ukhuwah dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan ahli.

#NUBEPKP #Bowling2025 #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #OneForAllAllForOne #KitaBersatuKitaKuat #WorkersUnited

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my