ARTIKEL 44: KENAPA MCBA TIDAK MAHU FESTIVAL AID UNTUK PEKERJA MALAYSIA
Artikel 44 ialah artikel baharu, tetapi idea ini bukan perkara baru. Pada tahun 2023, bank bank sudah pun membayar 1 bulan Festival Aid kepada semua staf. Mereka sudah buktikan bahawa ia mampu dibayar, ia adil dan ia tidak membebankan. Tetapi bila pekerja minta ia dijadikan amalan tetap yang telus dan konsisten, drama pun bermula. MCBA mula berundur, berdolak dalih dan tiba tiba kata ia tidak boleh.
Inilah hipokrasi paling besar. Bank bank Malaysia yang beroperasi di Indonesia wajib bayar Festival Aid kepada pekerja Indonesia kerana undang undang mewajibkannya. Dan mereka patuh tanpa bantahan. Jadi kenapa pekerja Malaysia tidak layak terima hormat dan pengiktirafan yang sama?
MCBA menentang Artikel 44 atas satu sebab. Ketamakan. Festival Aid langsung tidak mengurangkan keuntungan bank. Tidak bila bank untung berbilion setiap tahun. Apa yang mereka takut hilang bukan keuntungan, tetapi kawalan. Mereka mahu pekerja beri segala tenaga, tetapi dibalas dengan seminimum mungkin.
NUBE akan terus perjuangkan perkara ini kerana Festival Aid bukan hadiah. Ia keadilan. Ia maruah. Ia pengiktirafan kepada pekerja yang menggerakkan bank setiap hari.
#CA20Disabotaj #PertahanArtikel44 #FestivalAidUntukPekerja #KeadilanPekerja #WorkersDeserveBetter #DefendCA20 #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now