05 Dec 2025

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE SMJ NEGERI SEMBILAN DI SENAWANG

26 November 2025

NUBE SMJ kawasan Seremban telah mengadakan lawatan kerja ke CIMB dan Maybank Senawang bagi bertemu ahli-ahli serta memperkukuh hubungan kesatuan. Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Sdr Amirul Safwan bin Rahman, bersama AJK, Sdri Zaiharini bt Ismail.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menyantuni ahli serta merapatkan hubungan baik antara kesatuan dan ahli. Semasa lawatan, pihak kesatuan memberikan penerangan mengenai isu-isu semasa, khususnya perkembangan terkini CA yang sedang hangat diperkatakan, serta isu berkaitan hak-hak pekerja dan kepentingan keselamatan di tempat kerja.

Selain itu, pihak kesatuan turut mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi ahli dan memberikan nasihat sebaik mungkin agar segala isu dapat diselesaikan dalam suasana harmoni dan saling memahami.

Sokongan padu yang ditunjukkan oleh ahli amat bermakna dalam memperkukuh serta meneruskan perjuangan NUBE demi mempertahankan hak dan kepentingan pekerja di seluruh industri perbankan.

#NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #BersamaKitaTeguh #WorkersUnity #HakPekerja #OneUnionOneVoice

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]