ARTIKEL 42, 43, 44, 45: INI BUKAN KEBETULAN. INI SERANGAN TERANCANG TERHADAP HAK PEKERJA
Empat artikel yang kita berhujah di mahkamah baru baru ini mendedahkan satu perkara yang jelas. MCBA dan 17 CEO bank sedang bergerak secara terancang untuk melemahkan CA20 dan akhirnya menghancurkan hak pekerja yang kita bina melalui puluhan tahun perjuangan.
Artikel 42 mereka tolak kerana mereka takut Social Dialogue. Artikel 43 mereka lawan walaupun keselamatan pekerja terancam. Artikel 44 mereka mahu buang walaupun bank untung berbilion dan bayar FA kepada pekerja Indonesia setiap tahun. Artikel 45 pula disabotaj kerana mereka tidak mahu pekerja berkemahiran dan berani bersuara. Semua ini ada satu tujuan. Kawalan penuh ke atas pekerja.
Perjuangan belum selesai. Perbicaraan akan bersambung pada 7 Januari 2026.
Tandakan tarikh ini. Mohon cuti. Hadir beramai ramai untuk tunjukkan kepada mahkamah bahawa pekerja tidak tunduk pada kezaliman korporat.
Masih ada 21 artikel lagi yang akan dipertahankan. Kita teruskan perjuangan ini bersama sama.
One for all, all for one.
#CA20Disabotaj #SeranganTerhadapPekerja #SolidaritiPekerja #DefendWorkersRights #StandWithNUBE #DefendCA20 #WorkersUnited #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now