Artikel 25 Faedah Bersalin (155 Hari Cuti Bergaji Penuh)
Dalam CA19, para ibu hanya diberikan 98 hari cuti bersalin bergaji penuh. Tempoh ini selalunya tidak mencukupi untuk pulih sepenuhnya, membina ikatan dengan bayi, dan kembali bekerja dengan kekuatan serta keyakinan.
Dalam cadangan CA20 oleh NUBE cuti bersalin bergaji penuh akan dipanjangkan kepada 155 hari berturut-turut. Ini satu langkah besar dalam mengiktiraf cabaran sebenar yang dihadapi wanita bekerja dan keluarga mereka.
Tuntutan Kita Dalam CA20:
1. 155 hari cuti bersalin bergaji penuh
2. Perlindungan lebih kukuh untuk kesihatan ibu
3. Lebih masa untuk pulih dan membina kestabilan keluarga
Ini bukan keistimewaan. Ini adalah keadilan, maruah dan penghargaan kepada semua ibu yang bekerja.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now