PMX “TIDAK BUAT SECARA MENCUKUPI” KATA LIM GUAN ENG???
Dalam satu majlis di Bukit Mertajam baru-baru ini, Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng dengan lantang menyatakan bahawa beliau akan memberitahu PMX bahawa “beliau tidak buat secukupnya jika rakyat merasakan demikian.”
Beliau turut berkata bahawa wakil rakyat mempunyai tanggungjawab untuk bersuara sama ada PMX melakukan perkara yang betul atau tidak. Kenyataan beliau dipaparkan dalam dua laporan media berikut:
https://www.malaysiakini.com/news/762715
https://harapandaily.com/.../we-will-tell-pm-he-has-not.../
Lim Guan Eng berkata: “Jika beliau buat salah atau tidak cukup, kita ada tanggungjawab untuk bersuara. Ini prinsip asas seseorang wakil rakyat.”
Ayat yang baik. Tetapi persoalan sebenar ialah: mengapa hanya berani menegur PMX?
Mengapa Lim Guan Eng mendiamkan diri tentang salah laku Steven Sim Chee Keong 沈志强 yang gagal menjalankan tugas sebagai Menteri? Steven Sim ialah pemimpin kanan DAP. Beliau mengkhianati 15,000 pekerja bank dan keluarga mereka dengan memihak kepada bank, menafikan Festival Aid, merujuk Perjanjian Kolektif ke-20 ke Mahkamah Perusahaan secara unilateral dengan melanggar undang-undang serta terus mengabaikan kes intimidasi pekerja bank oleh pihak pengurusan.
Soalan NUBE kepada Lim:
“Anda kata pemimpin mesti bersuara bila ada salah, jadi mengapa anda tidak menegur Steven Sim apabila pengkhianatan berlaku dalam parti anda sendiri?”
Bukankah ini seperti kuali menyalahkan belanga?
Adakah tanggungjawab untuk bersuara hanya digunakan apabila ia menguntungkan DAP secara politik?
Selama 20 bulan, Steven Sim berdiam diri, mengabaikan kepentingan pekerja bank dan keluarga mereka, malah membiarkan pegawainya bekerjasama dengan pihak bank untuk melaksanakan union busting.
Jika Lim benar-benar percaya kepada prinsip, beliau mesti berani menegur Menteri dari partinya sendiri, bukan hanya PMX. Jika tidak, itu hanyalah hipokrasi dan permainan politik.
NUBE ingin mengingatkan kata-kata Lim sendiri:
“Kita ada tanggungjawab untuk bersuara. Ini prinsip asas wakil rakyat.”
Prinsip tidak bermakna jika hanya digunakan ketika ia selesa dan menguntungkan.
NUBE tetap teguh. Kami akan terus berjuang, membongkar dan menuntut keadilan untuk setiap pekerja bank di Malaysia.
Soalan NUBE kepada semua ahli dan pekerja bank:
Adakah PMX dan Menteri DAP Steven Sim telah melakukan secukupnya untuk melindungi anda?
#NUBE #SolidaritiPekerja #KeadilanUntukPekerja #ProtectWorkers #UnionStrong #SuaraAkarUmbi #LawAgainstInjustice #BersatuKitaKuat #OneForAllAllForOne #StevenSim #PMX #LimGuanEng
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now