PUBLIC BANK DATO KERAMAT BERGEMA — NUBE PKP DATANG, SEMANGAT PERJUANGAN TERUS MENYALA!
Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Pengerusi NUBE PKP bersama Sdr Arjunan turun padang ke Public Bank Cawangan Dato Keramat, Pulau Pinang. Kehadiran pimpinan disambut hangat oleh IRC dan ahli-ahli, jelas menunjukkan solidariti pekerja Public Bank semakin teguh.
Fokus lawatan ini adalah untuk memperkukuh solidariti serta memberikan penerangan tepat dan terus terang mengenai Perjanjian Kolektif yang kini diperjuangkan di Mahkamah. Semua isu disentuh tanpa kompromi termasuk kezaliman 17 CEO dan MCBA yang terus menekan pekerja walaupun keuntungan bank berbilion.
Sesi perbincangan mengenai masalah di tempat kerja berjalan dengan penuh keterbukaan. IRC dan ahli-ahli berpuas hati dengan kehadiran dan penjelasan yang diberikan, menghargai kesediaan kepimpinan NUBE PKP turun sendiri untuk mendengar suara mereka.
Ahli-ahli Public Bank bukan sahaja bertekad bersama NUBE, mereka benar-benar gembira dan bersemangat dengan kehadiran pimpinan. Keyakinan mereka jelas, solidariti semakin kuat, dan perjuangan diteruskan tanpa goyah.
#NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #WorkersUnity #PerjuanganBersama #OneForAllAllForOne #HakPekerja #BankWorkersRise
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now