09 Dec 2025

BERITA NUBE

 

MESYUARAT BERSAMA AHLI – MAYBANK JB MAIN, JOHOR

Ahli Jawatankuasa NUBE SMJ telah dijemput menghadiri sesi perjumpaan bersama ahli-ahli di Maybank Cawangan JB Main, Johor Bahru.

Turut hadir dalam sesi ini ialah:

Bro Michael Tan (Setiausaha Cawangan)

Sis Evelyn Chan (Naib Pengerusi Cawangan)

Bro Hafidh Hamzah (Ahli Jawatankuasa Cawangan)

Sesi perjumpaan ini menjadi platform penting untuk mendengar suara ahli serta membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit di cawangan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk:

Isu semasa berkaitan E-Learning di Maybank

Keselamatan di tempat kerja (OSH)

Perkembangan terkini Collective Agreement (CA)

Ahli turut digalakkan menyertai seminar-seminar anjuran NUBE serta terus menyokong perjuangan kesatuan melalui platform media sosial seperti Facebook NUBE Malaysia. Jawatankuasa juga menyeru semua ahli untuk terlibat aktif dalam aktiviti kesatuan demi memperkukuh semangat solidariti.

Ahli-ahli menyatakan rasa puas hati terhadap penjelasan dan maklum balas yang diberikan, serta berikrar untuk terus memberi sokongan padu kepada NUBE dalam perjuangan mempertahankan hak, maruah dan kebajikan pekerja.

#NUBESMJ #SolidaritiPekerja #UnionStrong #HakPekerja #BersatuKitaTeguh #WorkersUnity #PerjuanganBersama #StandWithNUBE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]