10 Dec 2025

BERITA NUBE

 

Inisiatif Zon Seberang Perai: Libat Urus Hak Pekerja & Solidariti Ahli

Pada 9 Disember 2025, pasukan NUBE PKP Zon Seberang Perai yang diketuai Saudara Mohammed Ayup bersama Saudari Nur Marjaan telah melaksanakan lawatan kerja ke Public Bank Bagan Ajam.

Sesi libat urus ini memberi pencerahan ringkas namun padat mengenai isu-isu semasa berkaitan hak pekerja, kebajikan, serta perkembangan penting di bawah undang-undang perburuhan. Pendekatan turun padang ini memastikan setiap ahli menerima maklumat yang tepat, jelas dan relevan dengan cabaran industri perbankan masa kini.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kebajikan, pasukan PKP turut menziarahi Saudara Hamdan dari Public Bank Raja Uda yang kini dalam proses pemulihan selepas mengalami minor stroke. Kehadiran ini menjadi simbol solidariti, sokongan moral dan semangat setiakawan yang tidak pernah luntur.

Komitmen Zon Seberang Perai tetap teguh:

1. Memperkukuh kesedaran hak pekerja

2. Meningkatkan kebajikan ahli

3. Memastikan suara pekerja terus didengari dan dihormati

Semoga Saudara Hamdan diberikan kesembuhan sepenuhnya, dan semoga seluruh ahli terus kuat, bersatu dan bersemangat dalam perjuangan hak pekerja.

#NUBEPKP #ZonSeberangPerai #SolidaritiPekerja #WorkersSolidarity #KesedaranHakPekerja #UnionStrong #BersatuKitaTeguh #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]