10 Dec 2025

BERITA NUBE

 

Artikel 25 Faedah Bersalin (Kos Bersalin Ditanggung Sepenuhnya)

Dalam CA19, caj bersalin hanya dibayar balik sehingga RM1,050 bagi kelahiran normal dan RM1,580 bagi pembedahan caesarean, terhad kepada dua kelahiran sahaja. Selebihnya perlu ditanggung sendiri oleh ibu.

 

Dalam cadangan CA20 oleh NUBE Bank akan menanggung sepenuhnya kos bersalin, sama ada kelahiran normal atau caesarean, untuk lima kelahiran. Ini adalah peningkatan besar yang memberi perlindungan kewangan sebenar kepada wanita bekerja dan keluarga mereka.

 

Tuntutan Kita Dalam CA20:

1. Kos bersalin ditanggung sepenuhnya untuk kelahiran normal dan caesarean

2. Liputan dinaikkan daripada 2 kepada 5 kelahiran

3. Keselamatan kewangan yang lebih kukuh untuk keluarga yang sedang membesar

 

Kerana tiada ibu patut menanggung kebimbangan kewangan ketika melahirkan zuriat. Inilah maruah, keadilan dan sokongan sebenar untuk keluarga pekerja.

 

#CA20 #CA20GrowingStronger

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]