11 Dec 2025

BERITA NUBE

 

NUBE KLSP bersama Ahli-ahli di Bank Islam UEP Subang Jaya

Pada 10/12/2025, Ketua Zon Subang Jaya dan AJK Cawangan NUBE KLSP, Sdra Nur Muhammad Tamjidullah Bin Moktar bersama Sdra Saifulizan Bin Hajidan juga AJK NUBE KLSP telah mengadakan mesyuarat tahunan di Bank Islam Cawangan UEP Subang Jaya.

Agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut mengenai Impak dari Perhimpunan Aman di BNM untuk menyelesaikan tuntutan NUBE, isu-isu semasa di cawangan, latihan asas yang dianjurkan oleh NUBE, penerangan terperinci mengenai CA, OSHA dan perlantikan IRC di cawangan.

Ahli-ahli NUBE di cawangan Bank Islam UEP Subang Jaya melontarkan pelbagai soalan kepada wakil NUBE KLSP untuk mendapatkan pencerahan dan pengetahuan hak-hak mereka di tempat kerja.

Ahli-ahli di sini teruja dengan perjumpaan ini demi pelaburan mereka membawa berkat.

NUBE KLSP mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli ini yang komited demi perjuangan NUBE untuk mempertahankan hak dan maruah kita bersama serta masa depan kita dan generasi akan datang NUBE di dalam industri perbankan.

#BersamaKitaKuat #SolidaritiPekerja #HakPekerja #NUBEBersatu #UnionStrong #StandWithWorkers #OneForAllAllForOne #WorkersRights

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]