ORIENTASI AHLI BAHARU NUBE SMJ – CIMB JALAN KUNING 2, JOHOR BAHRU
11 Disember 2025, 5.45 petang, NUBE SMJ telah hadir ke CIMB Jalan Kuning 2, Johor Bahru untuk sesi orientasi bersama ahli-ahli baharu.
Terima kasih diucapkan kepada Bro Hafidh dan Bro Shariffudin, selaku Jawatankuasa Cawangan SMJ, atas kehadiran serta komitmen mereka dalam menjayakan sesi orientasi NUBE pada hari ini.
Sesi ini diadakan bagi memperkenalkan fungsi dan peranan kesatuan, di samping menyambut dua ahli baharu yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar NUBE.
Kesatuan berharap agar melalui sesi ini, semua ahli baharu dapat memahami bagaimana NUBE melindungi hak dan kebajikan mereka, serta bagaimana mereka boleh turut memberi sumbangan aktif dalam memperkukuh kekuatan kesatuan.
Selamat datang diucapkan, dan marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang ini demi kebaikan semua ahli.
#NUBESMJ #SelamatDatangAhliBaru #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #UnionStrong #TogetherWeRise #OneForAllAllForOne #NUBEFamily
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now