Artikel 30 Cuti Sakit (Klausa Baharu Kemalangan Pekerjaan)
Dalam CA19, tiada klausa khusus yang melindungi pekerja yang mengalami kemalangan semasa menjalankan tugas. Apabila kemalangan berlaku, pekerja sering berdepan ketidaktentuan dari segi gaji, kos rawatan dan tindakan disiplin.
Cadangan CA20 oleh NUBE memperkenalkan klausa baharu berkaitan kemalangan pekerjaan. Buat pertama kali, pekerja yang cedera akibat kemalangan semasa bekerja diberi perlindungan yang jelas dan adil.
Apa Yang Dicadangkan Dalam CA20:
Klausa baharu Kemalangan Pekerjaan
Cuti bergaji penuh sepanjang tempoh pemulihan
Bayaran balik kos rawatan bagi hilang upaya sementara
Tiada tindakan disiplin akibat kemalangan pekerjaan
Kemalangan di tempat kerja bukan salah pekerja. Ia risiko sebenar yang dihadapi setiap hari. CA20 mengiktiraf hakikat ini dan memastikan perlindungan, maruah dan keadilan untuk pekerja.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now