Artikel 31 Cuti Khas (Cuti Paterniti Diperluas)
Peranan seorang bapa bermula sejak hari pertama. Dalam CA19, cuti paterniti hanya 10 hari berturut-turut, menyebabkan ramai bapa terpaksa kembali bekerja terlalu awal ketika keluarga masih menyesuaikan diri selepas kelahiran.
Cadangan CA20 oleh NUBE membawa perubahan besar Cuti paterniti diperluas kepada 30 hari berturut-turut Ini mengiktiraf peranan penting bapa dalam menyokong ibu, membina ikatan dengan bayi, dan mengukuhkan keluarga sejak awal.
Apa Yang Dicadangkan Dalam CA20:
Cuti paterniti dinaikkan daripada 10 kepada 30 hari berturut-turut
Lebih masa untuk sokongan dan penjagaan awal
Kestabilan keluarga yang lebih kukuh selepas kelahiran
Menyokong bapa bermakna menyokong keluarga CA20 mencerminkan nilai moden yang menekankan tanggungjawab, keprihatinan dan maruah.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now