16 Dec 2025

BERITA NUBE

 

CIMB Bercham

4 Disember 2025

NUBE Perak (PRK) meneruskan Siri Lawatan Zon Central Perak dengan kunjungan ke CIMB Bercham. Lawatan ini diketuai oleh Bro Raj, bersama Bro Fakharuddin, Bro Ariff dan Sis Rosliza.

Kehadiran kepimpinan disambut mesra oleh ahli-ahli cawangan, mencerminkan semangat kekitaan dan solidariti yang semakin kukuh. Sesi ini memberi ruang dialog terbuka bagi mempererat hubungan kesatuan dan ahli di tempat kerja.

Dalam pertemuan ini, ahli telah dimaklumkan mengenai wujudnya usaha-usaha tertentu yang bertujuan melemahkan dan memecahbelahkan perpaduan kesatuan. Ahli dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang percubaan sedemikian, sebaliknya kekal bersatu dan teguh bersama NUBE, satu-satunya Kesatuan Kebangsaan yang sah, kukuh dan berkeupayaan mempertahankan hak serta kepentingan pekerja bank. Sejarah dan rekod pencapaian NUBE melalui Perjanjian Kolektif yang dimeterai telah terbukti sebagai kekuatan sebenar rundingan kolektif, hasil perpaduan dan solidariti ahli.

Perbincangan turut menyentuh isu pembelajaran maya (e-learning) yang tidak berkesan berbanding latihan bersemuka, serta kepentingan peningkatan kemahiran demi jaminan pekerjaan. Penerangan terkini mengenai Perjanjian Kolektif (CA) turut diberikan, dan proses pelantikan IRC telah dilaksanakan di cawangan ini.

NUBE PRK merakamkan penghargaan kepada semua ahli atas komitmen dan kesetiaan yang ditunjukkan. Bersama, kita terus mempertahankan hak dan maruah pekerja bank demi masa depan generasi akan datang.

#NUBEPerak #NUBEPRK #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #CollectiveStrength #DefendWorkers

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]