Artikel 31 Cuti Khas (Cuti Haji & Umrah Dipertingkat)
Menunaikan ibadah Haji dan Umrah adalah tuntutan agama yang sangat penting Namun dalam CA19, tempoh kelayakan yang panjang dan cuti yang terhad menyukarkan ramai pekerja Muslim untuk melaksanakannya dengan tenang.
Cadangan CA20 oleh NUBE membawa penambahbaikan bermakna Pekerja Muslim kini mendapat akses lebih awal dan tempoh cuti yang lebih panjang bagi menunaikan ibadah dengan maruah dan ketenangan.
Apa Yang Dicadangkan Dalam CA20:
1. Kelayakan cuti Haji dikurangkan daripada 10 kepada 5 tahun perkhidmatan
2. Tempoh cuti Haji ditingkatkan daripada 30 kepada 45 hari kalendar
3. Kelayakan cuti Umrah dikurangkan daripada 10 kepada 5 tahun perkhidmatan
4. Tempoh cuti Umrah ditingkatkan daripada 7 kepada 15 hari bekerja
Ibadah tidak sepatutnya tertangguh kerana peraturan yang membebankan. CA20 mengiktiraf keperluan rohani pekerja dan memastikan akses yang adil untuk menunaikan ibadah tanpa kesulitan.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now