CIMB Menglembu
10 Disember 2025
NUBE Perak (PRK) meneruskan Siri Lawatan NUBE Perak dengan kunjungan ke CIMB Menglembu, diketuai oleh Bro Ariff bersama Bro Suresh dan Sis Rosliza.
Kehadiran kepimpinan disambut mesra oleh ahli-ahli cawangan, jelas mencerminkan semangat kekitaan dan solidariti yang semakin kukuh. Lawatan ini membuka ruang dialog dua hala bagi mempererat hubungan antara kesatuan dan ahli di tempat kerja.
Dalam pertemuan ini, ahli telah dimaklumkan mengenai wujudnya usaha-usaha tertentu yang bertujuan melemahkan dan memecahbelahkan perpaduan kesatuan. Ahli dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang percubaan sedemikian, sebaliknya kekal bersatu dan teguh bersama NUBE, satu-satunya Kesatuan Kebangsaan yang sah, kukuh dan berkeupayaan mempertahankan hak serta kepentingan pekerja bank. Sejarah dan rekod pencapaian NUBE melalui Perjanjian Kolektif yang dimeterai telah terbukti sebagai kekuatan sebenar rundingan kolektif, hasil perpaduan dan solidariti ahli.
Perbincangan turut menyentuh isu pembelajaran maya (e-learning) yang didapati kurang berkesan berbanding latihan bersemuka dalam meningkatkan kemahiran dan jaminan pekerjaan. Isu pengurangan perkeranian juga diberi penekanan, khususnya ketiadaan penggantian bagi jawatan akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian atau kenaikan pangkat, yang terus menjadi fokus perjuangan NUBE dalam mempertahankan keselamatan pekerjaan ahli.
Penerangan terperinci mengenai Perjanjian Kolektif (CA) telah diberikan, selain pelaksanaan pelantikan IRC di cawangan. Isu QMS turut dibincangkan, di mana ahli diingatkan agar tidak membantu pihak bank memanipulasi sistem atau mengalihkan pelanggan ke mesin layan diri dan e-banking. Ahli serta IRC juga digesa untuk melaporkan setiap isu di cawangan dengan lengkap dan berfakta.
Walaupun cabaran semakin sengit dan usaha melemahkan kesatuan masih berterusan, NUBE PRK kekal teguh bersama ahli. Terima kasih kepada semua ahli CIMB Menglembu atas komitmen dan kesetiaan dalam memperjuangkan hak dan maruah pekerja bank demi masa depan generasi akan datang.
#NUBEPerak #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #PerjuanganBersama #UnionStrong #WorkersUnity #DefendWorkers #CollectivePower #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now