LAWATAN KERJA RASMI NUBE SMJ KE MBSB SOUTHKEY, JOHOR BAHRU
16 Disember 2025
NUBE SMJ telah meneruskan siri lawatan kerja rasmi dengan kunjungan ke MBSB Cawangan Southkey, Johor Bahru. Lawatan ini diketuai oleh Bro Heillis, Ketua Zon, bersama Bro Hafidh dan Bro Shariffudin, Ahli Jawatankuasa Cawangan.
Tujuan lawatan ini adalah untuk:
1. Menyantuni dan mendekati ahli-ahli NUBE di MBSB Southkey
2. Berkongsi perkembangan terkini mengenai perjuangan dan inisiatif NUBE
3. Mendengar sendiri isu, cabaran serta cadangan daripada ahli di lapangan
4. Mengukuhkan semangat solidariti dan perpaduan sesama pekerja bank
Ahli-ahli di MBSB Southkey menzahirkan penghargaan atas kehadiran kepimpinan NUBE serta menunjukkan sokongan padu terhadap perjuangan kesatuan. Lawatan ini sekali lagi membuktikan bahawa NUBE sentiasa bersama ahli, di mana jua mereka berada.
#NUBESMJ #SolidaritiPekerja #PerjuanganBersama #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #TogetherWeStand #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now