Artikel 31 Cuti Khas (Cuti Bencana & Kecemasan Diperkukuh)
Apabila bencana berlaku, pekerja perlukan masa untuk melindungi keluarga dan mengurus kesan yang ditinggalkan. Dalam CA19, cuti bencana dan kecemasan hanya 2 hari bekerja, seringkali tidak mencukupi ketika rumah, keselamatan dan kehidupan terjejas.
Melalui cadangan CA20 oleh NUBE cuti bencana dan kecemasan dinaikkan kepada 5 hari bekerja, satu pengiktirafan terhadap realiti banjir, kebakaran, rompakan dan krisis sebenar yang dihadapi pekerja.
Apa Yang Dicadangkan Dalam CA20:
Cuti bencana dan kecemasan dinaikkan daripada 2 kepada 5 hari bekerja
Lebih masa untuk urus pemulihan dan keselamatan keluarga
Pendekatan berperikemanusiaan apabila pekerja diuji
Bencana bukan pilihan. CA20 berdiri bersama pekerja dengan keadilan, empati dan perlindungan ketika saat paling mencabar.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now