19 Dec 2025

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AM BERSAMA AHLI NUBE MAYBANK SEREMBAN 2, NEGERI SEMBILAN

17 Disember 2025

NUBE SMJ telah menghadiri Mesyuarat Am bersama ahli-ahli NUBE di Maybank Cawangan Seremban 2 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekati ahli dan memperkukuh solidariti di peringkat cawangan.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh:

Bro Amirul Safwan (Branch Chairman)

Sis Zaiharini (Branch Committee)

Sis Siti Hajar (Working Committee)

Dalam pertemuan ini, wakil NUBE SMJ telah memberikan penerangan dan penjelasan berhubung beberapa perkara penting termasuk isu e-Learning, pelantikan IRC baharu, serta membantu memberi nasihat berkaitan masalah dan cabaran yang dihadapi ahli di tempat kerja. Perbincangan turut merangkumi isu-isu semasa di Maybank, kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, serta perkembangan terkini berkaitan Perjanjian Kolektif (CA) dan Festival Aid (FA).

Ahli Jawatankuasa turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli atas sokongan berterusan dan penglibatan aktif dalam aktiviti serta perjuangan kesatuan.

Ahli-ahli menyatakan kepuasan terhadap maklum balas dan penjelasan yang diberikan, serta menegaskan kesediaan mereka untuk terus memberikan sokongan penuh kepada NUBE dalam mempertahankan hak dan kebajikan pekerja bank.

Mesyuarat berakhir pada jam 6.50 petang dengan semangat kebersamaan yang kukuh dan tekad perjuangan yang berterusan.

#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #CollectivePower #PerjuanganPekerja

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]