Artikel 31 Cuti Khas (Perlindungan Cuti Sukan Diperkukuh)
Mewakili negeri atau negara dalam sukan ialah satu kebanggaan. Dalam CA19, cuti sukan hanya tertakluk kepada pertimbangan simpati, menyebabkan ketidaktentuan kepada pekerja yang tampil membawa nama Malaysia.
Melalui cadangan CA20 oleh NUBE perkataan diperkukuh supaya Bank hendaklah memberi pertimbangan simpati, memastikan pekerja tidak dipinggirkan kerana menyumbang dalam acara sukan yang diiktiraf.
Apa Yang Dicadangkan Dalam CA20:
Perlindungan cuti sukan diperkukuh
Kepastian lebih jelas untuk wakil negeri atau negara
Pengiktirafan sumbangan sukan sebagai kebanggaan bersama
Kebanggaan sukan tidak wajar mengorbankan keselamatan kerja. CA20 berdiri untuk keadilan, maruah dan hormat kepada pekerja yang membawa nama negara.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now