23 Dec 2025

BERITA NUBE

 

Mesyuarat Am Bersama Ahli NUBE Maybank Bandar Baru Salak Tinggi

19 Disember 2025

NUBE SMJ telah mengadakan mesyuarat am bersama ahli-ahli di Maybank Bandar Baru Salak Tinggi bagi memperkukuhkan hubungan kesatuan dan semangat solidariti. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Sdr. Amirul Safwan, bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdri. Zaiharini bt Ismail.

Dalam pertemuan ini, wakil NUBE SMJ telah memberi penerangan berhubung isu-isu semasa di Maybank, termasuk e-Learning, jawatan Cash Authoriser, serta kemas kini mengenai pelantikan IRC yang baharu. Perbincangan turut menyentuh kepentingan hak-hak pekerja, keselamatan di tempat kerja, serta perkembangan terkini berkaitan Perjanjian Kolektif (CA) dan Bantuan Perayaan (FA).

Ahli Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli atas sokongan padu yang ditunjukkan. Sokongan ini amat bermakna dalam memperkukuh serta meneruskan perjuangan NUBE demi mempertahankan hak dan kepentingan pekerja.

Mesyuarat telah berakhir pada jam 6.00 petang.

#NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #MaybankSalakTinggi #WorkersUnity #UnionStrong #WorkersRights

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]