Lawatan Kerja NUBE SMJ
Public Bank Cawangan Sungai Pelek
23 Disember 2025
Pengerusi NUBE SMJ, Sdr Amirul Safwan, telah mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli NUBE di Public Bank Sungai Pelek bagi memperkukuh hubungan kesatuan dan mendengar suara ahli di lapangan.
Antara isu penting yang dibincangkan termasuk:
• Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
• Penilaian prestasi kerja
• Cabaran semasa dalam industri perbankan
• Isu e-learning
• Perkembangan terkini CA dan FA
• Panduan serta pelan tindakan bagi menangani isu berbangkit
Perjumpaan ini turut menegaskan keperluan sebuah kesatuan yang kuat, konsisten dan tegas, bukan sekadar pada nama, tetapi benar-benar berkeupayaan melindungi dan memperjuangkan hak setiap ahli dengan berani dan berprinsip.
NUBE SMJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli NUBE Public Bank Sungai Pelek atas sokongan padu dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi bersama NUBE.
Perjumpaan berakhir pada jam 6.45 petang.
#NUBE #NUBESMJ #KesatuanKuat #SolidaritiPekerja #HakPekerja #SuaraAhli #PerjuanganBersama #UnionStrong #WorkersRights #TogetherWeStand
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now