MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE PERAK | PUBLIC BANK IPOH MAIN, PUBLIC BANK HP CENTRE & SDC
18 Disember 2025
Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Perak, diketuai oleh Bro Thiagarajan bersama Bro Ariff dan Sis Chelsea, telah mengadakan kunjungan ke Public Bank Ipoh Main, Public Bank HP Centre dan SDC bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) cawangan-cawangan tersebut.
Perjumpaan ini bertujuan untuk menasihati serta memperkukuh kefahaman ahli-ahli agar terus berpegang kepada pendirian dan arahan kesatuan, di samping mengeratkan hubungan solidariti antara kepimpinan dan ahli di tempat kerja. Kehadiran pimpinan disambut dengan penuh mesra, jelas mencerminkan semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan ahli.
Dalam sesi ini, ahli-ahli turut diberikan kemas kini terkini mengenai perkembangan Perjanjian Kolektif (CA) dan Bantuan Perayaan (FA) yang sedang dibawa ke Mahkamah, sekali gus memperkukuh kefahaman terhadap perjuangan semasa kesatuan.
Mesyuarat ini juga menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) yang baharu sebagai langkah memperkasa organisasi dan kepimpinan di peringkat cawangan.
Bersama kita terus mara, bersatu mempertahankan hak, maruah dan kebajikan pekerja bank.
Hidup NUBE!
#NUBE #NUBEPerak #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #PerjuanganBersama #HakPekerja #UnionStrong #WorkersSolidarity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now