Lawatan Kerja & Mesyuarat AGM CIMB Kota Laksamana
16 Disember 2025
Satu lawatan kerja dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) telah diadakan di CIMB Kota Laksamana baru-baru ini. Lawatan ini diketuai oleh Sdr. Aznor selaku Ahli Jawatankuasa NUBE SMJ bersama Sdr. Shah Alam.
Walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan hakiki, kebajikan serta permasalahan ahli tidak pernah diketepikan. Dalam sesi ini, wakil NUBE SMJ telah menyampaikan taklimat berkaitan perkembangan terkini Perjanjian Kolektif (CA) dan Bantuan Perayaan (FA). Selain itu, beberapa isu berkaitan e-pembelajaran (e-learning) turut dijelaskan bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada ahli.
Wakil NUBE SMJ juga mengambil peluang untuk mendekati ahli secara langsung dan mendengar permasalahan yang dihadapi di tempat kerja. Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan turut diberi penekanan agar semua ahli lebih cakna dan berwaspada.
Agenda diteruskan dengan Mesyuarat AGM, di mana proses pelantikan Industrial Relations Committee (IRC) telah dilaksanakan. Diharapkan semua ahli yang dilantik dapat memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab demi memastikan perjalanan kesatuan lebih tersusun, berkesan dan sentiasa peka terhadap hak pekerja.
Bersama kita terus memperkukuh kesatuan agar ahli tidak mudah ditindas dan hak pekerja sentiasa terpelihara.
#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #WorkersRights #BersatuKitaTeguh #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now