MEMBINA GENERASI MADANI: KEM MADANI KANAK-KANAK NUBE 2026 BERMULA DI PORT DICKSON
Hari ini, 2 Januari 2026, Kem MADANI Kanak-Kanak NUBE telah rasmi bermula di NUBE Training Center (NTC), Port Dickson dengan penyertaan hampir 100 orang anak-anak ahli NUBE dari seluruh negara.
Kem selama 3 hari sehingga 4 Januari 2026 ini bertujuan membina persahabatan, semangat kerjasama, disiplin, kepimpinan dan nilai solidariti, selaras dengan roh perjuangan kesatuan. Melalui pelbagai aktiviti interaktif dan berpasukan, kanak-kanak dididik tentang kepentingan bekerja bersama, saling menghormati dan berdiri teguh sebagai satu suara.
Kem ini ditaja sepenuhnya oleh NUBE dan dikendalikan secara profesional oleh Radiant Retreats Sdn. Bhd., dengan sokongan 9 orang ahli NUBE yang bertugas sebagai fasilitator bagi memastikan perjalanan kem berjalan lancar dan selamat.
Inilah pelaburan sebenar NUBE
bukan hanya memperjuangkan hak pekerja hari ini, tetapi membina generasi masa depan yang berani, bersatu dan bermaruah.
Ikuti perkongsian gambar pembukaan dan aktiviti hari pertama.
Anak NUBE, Masa Depan Pekerja.
Bersatu Kita Kuat.
#KemMadaniKanakKanakNUBE #AnakAnakPekerja #GenerasiMadani #SolidaritiSejakKecil #BersatuKitaTeguh #NUBE #TradeUnion #WorkersFuture #UnionStrong #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now