04 Jan 2026

BERITA NUBE

 

KEM MADANI KANAK-KANAK NUBE BERAKHIR, SEMANGAT SOLIDARITI TERUS HIDUP

Hari ini, 4 Januari 2026, Kem MADANI Kanak-Kanak NUBE di NUBE Training Centre (NTC), Port Dickson, melabuhkan tirainya selepas tiga hari penuh makna, pembelajaran dan persahabatan.

Sepanjang kem, anak-anak ahli NUBE membina keyakinan dan keberanian melalui pelbagai aktiviti bermakna – lawatan ladang burung unta, aktiviti pantai, sesi refleksi malam, jungle hike serta latihan kerja berpasukan yang menanam nilai solidariti sejak kecil.

Majlis penutup hari ini menjadi detik yang sangat menyentuh hati Ibu bapa hadir menyambut anak-anak mereka. Ibu bapa mendengar taklimat daripada Puan Aida Abd Rauf dari Radiant Retreats Sdn. Bhd., sebelum menyaksikan persembahan kumpulan anak-anak yang membuktikan keyakinan, keberanian dan kematangan yang terbina sepanjang kem.

Ucapan penutup oleh Puan Aida dan Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, menegaskan bahawa pembinaan generasi MADANI bermula dengan nilai, disiplin dan kesedaran kolektif. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada semua peserta oleh Presiden NUBE, Micheal Tan, sebagai tanda penghargaan dan kenangan perjuangan awal mereka.

Kem ini ditaja sepenuhnya oleh NUBE, dilaksanakan bersama Radiant Retreats Sdn. Bhd., dan disokong oleh 9 orang fasilitator ahli NUBE yang memastikan kelancaran dan keselamatan anak-anak sepanjang program.

Ini bukan sekadar kem kanak-kanak. Ini adalah pelaburan kepada masa depan pekerja. Ini adalah benih solidariti yang ditanam sejak kecil.

NUBE percaya, bila anak-anak pekerja dibina dengan nilai persahabatan, keberanian dan keadilan, masa depan perjuangan pekerja akan terus kukuh.

Perjuangan tidak berhenti di sini.

Solidariti diteruskan dari generasi ke generasi.

#KemMadaniNUBE #KanakKanakNUBE #SolidaritiBermulaAwal #KeluargaPekerja #GenerasiMadani #NUBEPeduli #UnionFamily #WorkersChildren #FutureOfWorkers #SolidarityForever #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]