NUBE PKP Santuni Maybank Sungai Petani: Ahli Sebulat Suara Bersolidariti
Sungai Petani | 5 Januari 2026
Memulakan kalendar perjuangan tahun baharu, Setiausaha Kehormat NUBE PKP, Sdri. Siti Haryati Kamal, telah mengadakan lawatan kerja ke Maybank Sungai Petani bagi menyantuni ahli serta membincangkan isu kebajikan di peringkat cawangan.
Antara intipati penting yang dibincangkan ialah:
Isu E-Pembelajaran (E-Learning)
Ahli sependapat bahawa kaedah ini tidak berkesan. NUBE menegaskan kepentingan latihan bersemuka (face-to-face) yang lebih efektif dalam meningkatkan kemahiran dan jaminan pekerjaan.
Kemas Kini Perjanjian Kolektif (CA)
Perkongsian status terkini CA serta perbincangan isu-isu berbangkit di cawangan telah diberi penjelasan secara jelas dan terbuka.
Sokongan Padu Ahli
Ahli-ahli sebulat suara menyatakan sokongan penuh dan kekal bersolidariti bersama NUBE dalam setiap langkah perjuangan kesatuan.
Kehadiran kepimpinan ini membuktikan keutuhan hubungan antara NUBE Penang, Kedah dan Perlis dengan ahli di peringkat akar umbi.
Solidariti Selamanya! Bersatu Kita Kuat!
#NUBEPKP #SolidaritiPekerja #BersatuKitaKuat #PerjuanganPekerja #HakPekerja #UnionStrong #WorkersSolidarity #CollectiveStrength #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now