Lawatan Kerja Public Bank Melaka Main Jalan Laksamana
02 Januari — Satu lawatan kerja telah diadakan di Public Bank Melaka Main Jalan Laksamana baru-baru ini. Lawatan ini telah diketuai oleh Sdr. Aznor selaku Bendahari Kehormat dan Sdr. Shah Alam (BC) serta Sdr. Hafizi (WC).
Dalam kesibukan menjalankan tugasan hakiki masing-masing, nasib dan masalah ahli tidak pernah dilupakan. Di kesempatan ini, wakil dari NUBE SMJ telah hadir berjumpa dengan ahli-ahli di situ.
Wakil dari NUBE SMJ juga mendekati ahli dan mendengar permasalahan yang dihadapi mereka di tempat kerja. Isu kekurangan juruwang di kaunter yang mengakibatkan kelewatan transaksi kepada pelanggan turut dibangkitkan.
Setelah itu, kami telah berjumpa dengan ABM En. Hafiz dan telah disambut baik oleh Pengurus Cawangan En. Ken untuk membincangkan perkara tersebut, dan pihak pengurusan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.
NUBE mengharap semua ahli dapat memainkan peranan masing-masing agar perjalanan kesatuan kita lebih licin dan sentiasa peka berkaitan hak kita sebagai seorang pekerja serta tidak mudah ditindas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #WorkersRights #BersatuKitaTeguh #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now