09 Jan 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA RASMI NUBE SMJ KE BANK ISLAM MASJID TANAH

Satu lawatan kerja rasmi telah diadakan di Bank Islam Cawangan Masjid Tanah. Lawatan ini diketuai oleh Sdr Aznor dan Sdr Shah Alam selaku wakil NUBE SMJ.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli, di samping menyampaikan maklumat dan perkembangan mutakhir kesatuan secara langsung kepada ahli di peringkat cawangan.

Dalam sesi pertemuan ini, ahli-ahli telah membangkitkan beberapa isu berkaitan e-pembelajaran (e-learning), yang kini menjadi isu hangat dalam sektor perbankan. Wakil kesatuan telah memberikan panduan dan penjelasan agar semua ahli memahami peranan serta hak mereka sebagai ahli kesatuan.

Lawatan ini amat bermakna buat semua ahli kerana banyak maklumat baharu telah dikongsikan, termasuk perkembangan terkini Perjanjian Kolektif ke-20 (CA20) serta Bantuan Perayaan (FA).

“Semoga tahun 2026 yang bakal menjelang membawa sinar baharu kepada semua ahli dalam menempuh kehidupan yang lebih bermaruah sebagai pekerja sektor perbankan,” itulah antara harapan yang dizahirkan oleh ahli sepanjang lawatan ini.

NUBE SMJ akan terus turun padang, mendengar suara ahli dan memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja tanpa kompromi.

#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #OneForAllAllForOne #PerjuanganPekerja #BersatuKitaKuat

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]