KORUPSI MELAMPAU OLEH 17 BUAH BANK DI MALAYSIA
Pada 7 Januari 2026, Mahkamah Perusahaan dimaklumkan bahawa 17 buah bank, termasuk bank GLC dan Public Bank, hanya menawarkan kenaikan gaji 6% untuk tempoh tiga tahun kepada ahli NUBE.
Sekarang lihat realitinya.
CEO Public Bank menerima kenaikan pendapatan 91% dalam tempoh tiga tahun, dengan jumlah RM153 juta.
Bandingkan dengan pekerja bank yang hanya menerima kenaikan pendapatan 18% (CA ke-19) dalam tiga tahun, dengan jumlah sekitar RM135,000.
Kami tidak menentang CEO dan pengurusan tertinggi menerima gaji lebih tinggi. Tetapi kami menentang kekayaan tidak bermoral yang dibina atas penderitaan pekerja.
Sebab itu tuntutan NUBE untuk kenaikan gaji 22.4% (CA ke-20) bagi tempoh tiga tahun adalah sederhana, munasabah dan adil, lebih lebih lagi jika dibandingkan dengan kenaikan 91% yang diterima CEO.
Ini bukan reformasi.
Ini bukan Ekonomi Madani.
Ini adalah rompakan secara terang-terangan.
Bank mencatat keuntungan rekod hasil tenaga kerja pekerja, tetapi menafikan pekerja kehidupan yang bermaruah. Bank bank GLC secara terbuka mengingkari dan memperlekeh seruan PMX untuk menangani kos sara hidup.
Saudara dan Saudari, ini adalah korupsi yang berlaku di hadapan mata kerajaan. Kita boleh hentikannya.
Bersatu bersama NUBE! Ikuti arahan NUBE! Kenaikan gaji 22.4% semakin hampir.
#AttackOnOurCA #CA20Disabotaj #KorupsiKorporat #HakPekerja #SolidaritiPekerja #DefendWorkersRights #StandWithNUBE #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now