14 Jan 2026

BERITA NUBE

 

NUBE PKP Turun Padang di Maybank Union Street Solidariti Akar Umbi, Suara Ahli Diangkat

NUBE Pulau Pinang–Kedah–Perlis (PKP) telah mengadakan sesi lawatan turun padang bersama ahli-ahli di Maybank Union Street sebagai bukti komitmen kesatuan untuk terus bersama ahli di lapangan dan mempertahankan hak serta kebajikan pekerja bank.

Dalam sesi ini, kepimpinan NUBE PKP berkongsi perkembangan terkini kesatuan termasuk kemas kini mengenai CA20, di samping mendengar secara langsung isu-isu yang dihadapi oleh ahli di tempat kerja seperti tekanan kerja, kekangan operasi dan cabaran harian. Ahli turut diberi ruang untuk bertanya serta mendapatkan penerangan jelas mengenai hak dan perlindungan di bawah Perjanjian Kolektif (CA).

NUBE PKP menegaskan bahawa perjuangan ini bukan satu pilihan, tetapi satu tanggungjawab demi maruah pekerja, keselamatan pekerjaan dan masa depan ahli dalam industri perbankan.

Ahli tidak perlu takut dan tidak pernah bersendirian. Kita kuat apabila kita bersatu. Solidariti adalah kekuatan kita.

#NUBEPKP #NUBEMalaysia #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #SuaraAhli #PerjuanganBersama #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]