16 Jan 2026

BERITA NUBE

 

SEMAKIN SERING DIKUNJUNGI, SEMAKIN KUAT IKATANNYA

NUBE PKP ZON 2

12 Januari 2026

Sungai Nibong, Pulau Pinang

Wakil NUBE PKP yang diwakili oleh Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Sonia, bersama AJK Cawangan, Sdra Alvin, telah mengadakan lawatan kerja ke Public Bank Cawangan Sungai Nibong.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kesatuan untuk memelihara dan mengukuhkan jalinan silaturrahim antara pimpinan dan ahli. Seperti perumpamaan, satu lidi mudah dipatahkan, tetapi apabila diikat menjadi satu, ia menjadi kuat.

Begitulah kekuatan kesatuan, bersendirian kita lemah, bersatu kita semakin kuat.

Dalam sesi pertemuan ini, ahli-ahli telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini berkaitan Perjanjian Kolektif (CA) serta pelbagai informasi berkaitan program dan aktiviti Kesatuan.

Ahli-ahli turut menzahirkan penghargaan atas komitmen, masa dan keprihatinan wakil NUBE PKP yang turun padang bertemu ahli.

Terima kasih kepada ahli-ahli di cawangan ini yang terus berdiri teguh memberikan sokongan kepada NUBE.

Solidariti kita adalah kekuatan kita.

Bersama mempertahankan hak dan maruah pekerja.

#NUBE #NUBEPKP #NUBEZon2 #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]