20 Jan 2026

BERITA NUBE

 

SOLIDARITI MEMENUHI MAHKAMAH PERUSAHAAN HARI INI

Pembicaraan CA20 hari ini di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur menyaksikan satu gelombang solidariti yang luar biasa. Lebih 100 ahli NUBE dari seluruh negara hadir di Mahkamah No. 4, Aras 12, Wisma PERKESO, semuanya sanggup mengambil cuti sendiri untuk berdiri bersama mempertahankan perjuangan kita.

Walaupun bilik mahkamah hanya boleh memuatkan 25 orang, semangat solidariti langsung tidak pudar. Ahli ahli yang menunggu di luar berkongsi maklumat dan memberi sokongan. Inilah erti kesatuan.

NUBE turut berbesar hati dengan kehadiran Dato Mohamad Dauzkaply Nor – Timbalan Presiden MTUC, dan Sdr. Kamarul Baharin, Setiausaha Agung MTUC, yang hadir menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap perjuangan NUBE.

Pembicaraan berakhir sekitar waktu tengah hari. Memandangkan ramai ahli tidak dapat berada di dalam bilik mahkamah, peguam NUBE Ravi Nekoo telah mengadakan sesi taklimat untuk menerangkan apa yang berlaku hari ini. Beliau memaklumkan bahawa Artikel 21 dan 22 telah dibahaskan, dan setakat ini kira kira 60% artikel CA20 telah diperbentangkan, dengan 40% lagi masih menanti.

Beberapa soalan dikemukakan oleh ahli, termasuk mengenai saksi MCBA yang sering menjawab “I disagree” atau “I don’t know”. Encik Ravi menjelaskan bahawa saksi berhak memberi jawapan mereka, namun yang penting ialah NUBE terus mengemukakan kes dengan fakta dan bukti yang kukuh. Beliau juga memaklumkan bahawa beberapa saksi NUBE akan dipanggil seterusnya, termasuk J Solomon, serta seorang pakar ekonomi untuk menyokong tuntutan CA20 dengan data yang kukuh.

Pembicaraan seterusnya telah ditetapkan pada 12 Februari.

Tandakan kalendar anda. Kekal bersatu. Kekuatan kita terletak pada solidariti, dan kebenaran sentiasa bersama kita.

One for all, all for one.

#AttackOnOurCA #CA20Disabotaj #SolidaritiPekerja #HakPekerja #WorkersUnited #StandWithNUBE #DefendWorkersRights #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]