21 Jan 2026

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE PERAK | PUBLIC BANK SUNGAI SIPUT

14 Januari 2026

Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Perak, diketuai oleh Sdr Thiagarajan bersama Sdri Chelsea dan Sdri Rosliza, telah mengadakan kunjungan rasmi ke Public Bank Sungai Siput, Perak bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) cawangan tersebut.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menasihati serta memperkukuh kefahaman ahli-ahli agar terus berpegang kepada pendirian dan arahan Kesatuan, di samping mengeratkan hubungan solidariti antara kepimpinan dan ahli di tempat kerja.

Kehadiran pimpinan disambut dengan penuh mesra, sekali gus jelas mencerminkan semangat kekitaan dan kebersamaan yang kukuh dalam kalangan ahli.

Dalam sesi ini, ahli-ahli turut diberikan kemas kini terkini mengenai perkembangan Perjanjian Kolektif (CA) dan Bantuan Perayaan (FA) yang kini sedang dibawa ke Mahkamah.

Pada masa yang sama, ahli-ahli turut diberi penerangan dan kesedaran mengenai kesatuan dalaman (in-house union) yang jelas berfungsi sebagai alat untuk memecah-belahkan pekerja dan melemahkan suara kolektif. Penegasan telah dibuat bahawa NUBE merupakan satu-satunya kesatuan nasional yang kukuh, berprinsip dan berpengalaman dalam mempertahankan hak, kebajikan dan maruah pekerja bank.

Perkongsian ini telah memperkukuhkan kefahaman ahli bahawa perpaduan di bawah satu kesatuan yang kuat adalah kunci kekuatan sebenar pekerja.

Mesyuarat ini juga menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Perusahaan (IRC) yang baharu, sebagai langkah memperkasa organisasi serta memperkukuh kepimpinan di peringkat cawangan.

Secara keseluruhan, lawatan dan AGM ini berlangsung dalam suasana yang penuh semangat, perpaduan dan solidariti.

Ia jelas membuktikan sokongan padu ahli terhadap kepimpinan NUBE Perak dalam meneruskan perjuangan mempertahankan hak, kebajikan dan maruah pekerja bank.

#NUBE #NUBEPerak #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #DefendWorkers #OneForAllAllForOne

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]