MESYUARAT BERSAMA AHLI
PUBLIC BANK MASAI, JOHOR
15 Januari 2026
Satu lawatan rasmi NUBE SMJ telah diadakan ke Public Bank Masai, Johor, yang diketuai oleh Setiausaha Cawangan, Bro Michael Tan, bersama rombongan bagi menghadiri sesi perjumpaan bersama ahli-ahli di cawangan tersebut.
Perjumpaan ini menjadi platform penting untuk Jawatankuasa Kesatuan mendengar secara langsung, membantu serta memberi pandangan terhadap isu-isu berbangkit yang dihadapi oleh ahli di peringkat cawangan.
Pelbagai isu telah dibangkitkan dalam sesi soal jawab, dan Alhamdulillah, kesemuanya dapat ditangani dengan penuh kebijaksanaan, ketegasan dan profesionalisme.
Selain itu, ahli-ahli turut digalakkan untuk menyertai seminar-seminar anjuran NUBE serta lebih aktif menyokong perjuangan Kesatuan melalui platform media sosial, khususnya Facebook NUBE Malaysia.
Ahli Jawatankuasa juga menggesa semua ahli agar terlibat secara aktif dalam aktiviti Kesatuan demi memperkukuh semangat solidariti dan kekuatan kolektif.
Secara keseluruhannya, ahli-ahli menyatakan kepuasan terhadap penjelasan dan maklum balas yang diberikan, serta menzahirkan komitmen untuk terus memberikan sokongan padu kepada NUBE dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja.
Bersatu kita teguh.
Solidariti adalah kekuatan kita.
#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #BersatuKitaTeguh #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now