LAWATAN KERJA NUBE PKP KE OCBC PENANG
Lebuh Pantai, Pulau Pinang
21 Januari 2025
Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Sonia, bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr Arujunan, telah mengadakan satu lawatan kerja ke OCBC Penang Cawangan Lebuh Pantai.
Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan secara langsung dengan pihak pengurusan berkaitan beberapa perkara penting yang melibatkan Skop Tugas dan Keselamatan Pekerja, bagi memastikan setiap pekerja memahami peranan masing-masing serta aspek keselamatan di tempat kerja dipatuhi sepenuhnya.
Selain itu, ahli-ahli turut diberikan kemas kini terkini Perjanjian Kolektif (CA) sebagai pendedahan dan maklumat penting berkaitan hak, faedah serta polisi semasa di bawah perjanjian tersebut. Perkongsian ini bertujuan memastikan ahli sentiasa peka dan berpengetahuan tentang perlindungan yang diperjuangkan oleh Kesatuan.
Lawatan ini merupakan salah satu usaha berterusan Jawatankuasa Cawangan NUBE PKP untuk memperkukuh komunikasi antara pekerja dan pihak pengurusan, serta memastikan setiap isu yang melibatkan kebajikan dan keselamatan pekerja ditangani secara adil dan berkesan.
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers #WorkplaceSafety
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now