MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)
RHB BANK CAWANGAN BUKIT BARU | NUBE SMJ
15 Januari 2026
Satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi RHB Bank Cawangan Bukit Baru telah diadakan pada hari ini dengan tujuan utama untuk pelantikan Jawatankuasa Cawangan bagi sesi 2026.
NUBE SMJ telah diwakili oleh Pengerusi SMJ, Sdr Amirul, bersama Sdr Aznor (BC), Sdr Shah Alam (BC), Sdr Mohd Nor (WC) dan Sdr Hafizi (WC).
Sebelum proses pelantikan Jawatankuasa baharu dimulakan, Sdr Amirul telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sedang berlaku di RHB Bank, bagi memberi pencerahan dan kefahaman kepada ahli-ahli.
Mesyuarat diteruskan dengan proses pelantikan Jawatankuasa Cawangan baharu bagi sesi 2026.
Seterusnya, ahli-ahli diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada wakil NUBE, dan jelas kelihatan semangat ahli yang aktif bertanyakan perkembangan terkini berkaitan Perjanjian Kolektif (CA). Dalam sesi ini, Sdr Amirul telah mengambil kesempatan untuk memberikan penerangan mengenai perkembangan semasa CA dan Bantuan Perayaan (FA).
Dalam pertemuan ini juga, Sdr Amirul mengingatkan semua ahli agar sentiasa bersatu padu dan terus memberikan sokongan penuh terhadap semua aktiviti Kesatuan, demi memperkukuh solidariti serta kekuatan kolektif ahli.
#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now