MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)
UOB BANK CAWANGAN KOTA LAKSAMANA | NUBE SMJ
Satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi UOB Bank Cawangan Kota Laksamana telah diadakan dengan tujuan utama untuk pelantikan Jawatankuasa Cawangan.
NUBE SMJ telah diwakili oleh Bendahari NUBE SMJ, Sdr Aznor, bersama Sdr Shah Alam (BC) dan Sdr Mohd Hafizi (WC). Sebelum proses pelantikan Jawatankuasa baharu dimulakan, Sdr Aznor telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sedang berlaku di UOB Bank, bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada ahli-ahli.
Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan Jawatankuasa Cawangan baharu bagi sesi 2026.
Seterusnya, ahli-ahli diberikan peluang untuk mengemukakan soalan kepada wakil NUBE, dan jelas kelihatan semangat ahli yang aktif bertanyakan perkembangan terkini Perjanjian Kolektif (CA). Dalam sesi ini, Sdr Aznor telah memberikan penerangan berhubung perkembangan semasa CA dan Bantuan Perayaan (FA).
Dalam pertemuan ini juga, Sdr Aznor mengingatkan semua ahli agar sentiasa bersatu padu serta terus menyokong semua aktiviti dan perjuangan yang dianjurkan oleh NUBE, demi memperkukuh solidariti dan kekuatan Kesatuan.
Bersatu kita teguh.
#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now