DEKAT DENGAN AHLI, TEGUH DALAM PERJUANGAN
Lawatan Jawatankuasa NUBE PKP ke Bank Islam & Public Bank Kepala Batas
21 Januari 2026
Sdr Mohd Ayup Abdul Razak dan Sdri Nur Marjaan Binti Abdul Hamid, selaku Jawatankuasa NUBE PKP, telah mengadakan satu lawatan kerja ke Bank Islam Kepala Batas dan Public Bank Kepala Batas.
Lawatan ini bertujuan untuk bertemu secara langsung dengan ahli-ahli NUBE di tempat kerja, mendengar sendiri isu serta cabaran semasa yang dihadapi, dan memahami realiti kerja yang semakin mencabar dalam persekitaran perbankan hari ini.
Sepanjang lawatan, Jawatankuasa NUBE PKP telah mendengar pandangan, kebimbangan dan maklum balas ahli secara terus. Antara perkara yang dibincangkan termasuk kebajikan ahli, tekanan kerja, beban tugas, serta kepentingan perlindungan hak pekerja melalui kesatuan yang kuat dan berprinsip.
Sesi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara Kesatuan dan ahli, malah menegaskan komitmen NUBE untuk terus berdiri bersama ahli dalam apa jua keadaan, tanpa mengira cabaran yang dihadapi.
Lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan disambut baik oleh ahli-ahli, yang menzahirkan rasa gembira serta penghargaan atas kehadiran Kesatuan di tempat kerja.
Inilah semangat kesatuan. Inilah kekuatan solidariti.
Bersama mempertahankan hak dan maruah pekerja.
#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now