29 Jan 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA MENYANTUNI AHLI KE RHB AUTO CITY JURU & MBSB BANK SEBERANG JAYA

Wakil Cawangan NUBE PKP telah mengadakan lawatan kerja menyantuni ahli ke RHB Auto City Juru dan MBSB Bank Seberang Jaya. Lawatan ini disertai oleh Sdr Mohd Ayup Abdul Razak, Sdr Zaini Halidan, dan Sdri Nur Marjaan Binti Abdul Hamid.

Lawatan ini bertujuan untuk bertemu secara langsung dengan ahli di tempat kerja, mendengar sendiri isu serta cabaran semasa yang dihadapi oleh ahli dalam suasana kerja yang semakin mencabar.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk kebajikan ahli, beban kerja, tekanan kos sara hidup, serta kebimbangan terhadap hak dan perlindungan pekerja.

Sesi ini turut membuka ruang kepada ahli untuk menyuarakan pandangan secara terbuka dan berkongsi realiti sebenar di tempat kerja.

Segala maklum balas dan isu yang dibangkitkan akan dibawa ke peringkat seterusnya untuk tindakan dan perhatian Kesatuan. NUBE kekal komited untuk terus bersama ahli, turun ke lapangan, serta mempertahankan hak dan maruah pekerja tanpa kompromi.

Bersatu kita teguh.

#NUBE #NUBEPKP #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]