MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)
PUBLIC BANK CAWANGAN MALIM | NUBE SMJ
22 Januari 2026
Satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) telah diadakan di Public Bank Cawangan Malim bagi tujuan pelantikan Jawatankuasa Cawangan untuk sesi 2026.
NUBE SMJ telah diwakili oleh Bendahari NUBE SMJ, Sdr Aznor, bersama Sdr Shah Alam (BC), Sdr Mohd Hafizi (WC) dan Sdr Fahmi (WC). Sebelum proses pelantikan dimulakan, Sdr Aznor telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan isu-isu semasa di Public Bank, bagi memberi pencerahan kepada ahli-ahli.
Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan Jawatankuasa Cawangan baharu, diikuti sesi soal jawab bersama wakil Kesatuan.
Ahli-ahli menunjukkan komitmen tinggi dengan mengemukakan pertanyaan berkaitan perkembangan terkini Perjanjian Kolektif (CA), dan Sdr Aznor telah memberikan penjelasan berhubung CA dan Bantuan Perayaan (FA).
Dalam sesi ini juga, ahli-ahli diingatkan agar terus bersatu padu dan memberikan sokongan penuh terhadap semua aktiviti dan perjuangan NUBE, kerana kekuatan Kesatuan terletak pada solidariti ahlinya.
Bersatu kita teguh.
Kesatuan kuat, hak pekerja terjamin.
#NUBE #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #UnionStrong #WorkersUnity #StandingTogether #DefendWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now